Kepada sesiapa yang baru ingin mencuba memelihara ikan laga, di sini say ingin kongsikan cara2 penjagaannya. Lets gooo..
PERMULAAN
Biasanya bila korang beli ikan laga di kedai2 ikan hiasan, peniaga akan membungkus ikan di dalam plastik. Kalau rumah dekat dengan kedai takpe la, tapi kalau jauh korang kena sediakan bekas sendiri @ beli je kat kedai tu sekali. Sebab bila dalam perjalanan air akan berkocak2 dan boleh memudaratkan ikan, mati nanti.. Jangan lupa beli makanannya sekali samada jenis micropellet @ bloodworm dan anti klorin untuk air.
KENALI JANTINA IKAN
Mengenal jantina ikan bertujuan supaya korang tak tersilap campur ikan2 ni mengikut jantina. Ikan laga jantan tak boleh di satukan/dicampur sekali kerana dah nama pon ikan laga nanti diorang berlaga la. Ikan laga betina boleh dicampur dengan ikan laga betina yg lain tapi dalam kuantiti yang banyak la. Kadang2 diorang ni cenderung gak nak berlaga tapi jarang2 berlaku.. Lebih elok kalau nak selamat asingkan jer seekor 1 bekas..
PENYEDIAAN BEKAS
Cari bekas yang sesuai seperti botol kaca, akuarium @ sebagainya kecuali tin atau bekas berasaskan logam kerana ia berkarat dan menyebabkan ikan mati. Bukan ikan jer, orang pon boleh mati. Heheh.. Bekas seperti botol menonjolkan kecantikan ikan laga dari padangan sisi.
PENYEDIAAN AIR
Air paip boleh digunakan tapi dengan syarat perlu dicampurkan sedikit anti klorin dan garam sebagai pencegahan kulat (penyakit) terhadap ikan. Air tadahan hujan yang telah dicampur daun ketapang kering kerana ia dapat membantu mengasidkan air dan pembiakan ikan.
TUMBUHAN AKUATIK
Letakkan tumbuhan yang hidup di air seperti keladi bunting, teratai @ kiambang kerana tumbuhan2 ini mampu memberi oksigen dan meneutralkan ph air selain sebagai tempat untuk induk jantan membuat buih bagi pembiakan. Selenggara tumbuhan sekiranya akar semakin panjang dan buang bahagian2 yang mati/kering yg boleh megnotorkan bekas. Elak dari meletakkan tumbuhan hidup di darat.
KAYU HIASAN
Jika korang menggunakan akuarium, letakkan kayu2 hiasan sebagai tempat untuk ikan2 bermain. Ia juga mampu mengurangkkan stress ikan.
MAKANAN HIDUP
Beri ikan laga ni makanan hidup seperti jentik2 @ nyamuk 2 3 kali seminggu. Makanan seperti ini mampu mempercepatkan ikan membesar selain mencantikkan badan ikan.
Begitu la serba sikit maklumat tentang penjagaan ikan laga yg saya boleh kongsikan bersama.. Sekian, terima kasih.
kalo sya kacukkan ikan laga yg berlainn jenis (longtail +halfmoon) berjaya x?
ReplyDeleteatau kner kacuk dgn yg sma jenis