Search This Blog

Thursday, 8 November 2012

CARA2 PEMBIAKAN IKAN LAGA

Kali ni saya nak bekongsi tentang cara-cara pembiakan ikan laga. Harap semua pembaca boleh jadikannya sebagai rujukan atau maklumat berguna sekiranya ingin memelihara ikan laga. Lets goooo..


PENGENALAN

Disebut ikan laga, ikan pelaga @ ikan cupang adalah termasuk di dalam famili Anabantidae @ Labirnyh Fisher @ dalam bahasa latinnya disebut Betta Splenders. Ikan ni hidup di kawasan tropika khususnya di Asia Tenggara. Ikan ni cantik dan menarik kerana terdiri daripada pelbagai warna selain agresif dan cenderung untuk berlaga, sebab tu la orang panggil ikan laga. Kalau dulu ikan ni mudah didapati di kebun2 kelapa @ pokok2 nipah, dan tujuannya adalah untuk dilagakan. tapi sekarang ikan laga lebih sebagai ikan hiasan kerana ramai para penternak telah menghasilkan baka2 baru yang menarik. Antara yang popular di pasaran adalah sepeti Halfmoon, Crowntail, Doubletail dan Longtail yang kini banyak terdapat di kedai2 ikan hiasan.

MENGENALPASTI JANTINA

Jantan: Mempunyai ekaor yg panjang, warna lebih terang dan agresif. Jantan tak boleh hidup secara berkumpulan/komuniti sebab diorang ni kaki gaduh dan bersifat kamikaze.. lawan sampai mati punye.



Betina: Badan bulat sikit, perut buncit dan ada biji putih di bawah abdomennya. Betina pula boleh hidup secara berkumpulan/komuniti.



PEMILIHAN INDUK YANG MATANG

Ikan laga matang biasanya berumur 4 bulan sekiranya diberi makan yang cukup. Induk jantan yg dah ready nak membiak akan membuat buih di permukaan air, biasanya di bawah daun. Kalau nak tengok jantan ni cepat buih cuba perkenalkan betina yg cun2 sikit, comfirm cepat buih punya. Bagi induk betina yang dah matang boleh di pastikan dengan cara melihat sifat2nya seperti biji putih di bahagian anusnya dan perutnya yg buncit. Senang jer...

PENYEDIAAN TANGKI PEMBIAKAN

Sediakan tangki/bekas sekurang2nya 1x1x1 (kaki), kalau besar lagi bagus. Contohnya seperti akuarium, baldi, polytank dan sebagainya tapi AWAS! jgn gunakan bekas yg diperbuat daripada zink atau logam seperti tin sebab nanti berkarat tak elok untuk ikan. Kemudian masukkan air 4-5inci dari dasar (kedalaman).  Bagi yg menggunakan air paip bolehlah campurkan anti klorin sikit tapi untuk air yg lebih berkesan korang cari daun ketapang kering kemudian masuk dalam bekas, lepas tu tadah air hujan dan biarkan terdedah kat luar 4-5 hari (guna air paip pon boleh). Lps tu boleh la guna air tu. Kelebihan daun ketapang ni sebenarnya adalah sebagai tonik untuk ikan (mcm tongkat ali long jack) selain membantu mengasidkan air untuk merangsang pembiakan ikan laga.


Selain bekas dan air korang letak la aksesori sikit sebagai bahan bantuan untuk ikan ni membiak dengan cepat. Letak pokok kiambang, teratai @ polistrene sebagai tapak sarang buih yg akan dibuat oleh induk jantan. Kemudian letak kayu hiasan @ pvc pipe socket jenis 'T' sebagai tempat untuk induk betina menyorok semasa proses mengawan yg akan berlaku. Ini kerana induk jantan akan mengejar induk betina dan bertindak agresif ke atas induk betina, so kita bagi la pelindungan sikit.


PROSES PEMBIAKAN

Masukkan induk jantan ke dalam tangki/bekas yg telah disediakan tadi. Pilih jantan yg cantik, warna garang2 sikit sebab baka yg cantik akan menghasilkan anak yg menarik.. tak gitu. Lepas tu masukkan induk betina pulak ke dalam bekas tapi jangan campurkan, masukkan induk betina yg dilindungi botol supaya proses pengenalan boleh berlaku. Ye la, kena la chating2 dulu.. mana boleh terjah jer..


Kemudian tunggu jantan buat buih tanda persediaan si jantan ni tadi ready untuk mengawan. Buih yang dibuat oleh induk jantan ni sebenarnya adalah sarang penetasan.


Lepas tu boleh la masukkan induk betina ke dalam tangki/bekas (campurkan) bersama induk jantan, seelok2 nya waktu pagi sebab time ni diorang tengah subur dan saling memerlukan. Biasanya dalam masa setengah hari diorang dah mula buat ritual peneluran dah. Proses ni akan berlaku lebih kurang 1 jam jer, kalau nak pastikan cuba perhatikan induk jantan akan melibas2kan ekornya seolah2 menari dan kemudian melilit badan induk betina, tu dah on la tu. Induk jantan akan mengutip telur yg dikeluarkan oleh induk betina dan memasukkan ke dalam sarang buih. Induk jantan juga akan menjaga telur sehingga menetas dan tidak akan membenarkan induk betina mendekati sarang. Time ni bolehlah keluarkan induk betina tadi.. Dah xde kepentingan dah dia duduk dalam tu. Telur akan menetas dalam tempoh 24-36jam mengikut suhu semasa. Jgn letak bekas di atas simen, sejuk nanti ikan boleh mati.

PENJAGAAN SELEPAS MENETAS

Selepas anak2 ikan menetas boleh diasingkan pula induk jantan, takut2 dia makan anak2 ikan ni pulak. Dan selepas 3 hari anak2 ikan perlu diberi makan rotifer @ air hijau. Air hijau ni adalah air daripada kolam ikan keli/talapia, cari la mana2 kolam2 ternakan keli/talapia tu yg colour hijau tu la air hijau.. Kebaikan air hijau ni sebagai pelindung anak2 ikan ni tadi dari sinaran matahari yg boleh merosakkan mata serta organ. Lepas usia anak2 ikan ni tadi 1-2 minggu boleh la bagi makan micropellet @ bloodworm.

Sekian, selamat mencuba..


55 comments:

  1. air hijo tuh letak jeke sampai air ikan tuh hijo sekali yer

    ReplyDelete
  2. ha. letak je ikut keperluan.. jngn trlampau bnyk sgt

    ReplyDelete
  3. Bila masa nk asing ikan jantan plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asingkan jantan selepas 3 hari telur ikan laga tu menentas....lepastu dah boleh bagi mkan kat anak ikan laga tu macam artemia,microworm,kutu air,air hijau

      Delete
  4. nak tnya knpa ikan lelaki tak bgi kluar kan buih,, , lepas tu ikan perempuan pula mcm nak mkn ikan lelaki,, , ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ikan laga jantan kamu blom cukup umur

      Delete
  5. kenapa kena letak anti klorin kalau guna air paip?....lagi satu lepas proses mengawan...kena asingkan kan ke antara jantan dan betina?..selain daun pokok ketapang apa lagi alternatif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak guna air paip pon boleh..tapi biarkan air paip tu selama 3 hari...baru leh guna...selepas dah mengawan...asingkan betina...dan biar ikan jangan jaga telur dia...selapas 1-2hari telur tu akan menetas...selepas 3 hari telur tu menentas baru boleh bawak keluar ikan jantan dan bagi makan kepda anak ikan laga

      Delete
  6. Alternatif lain ..xde haha sbb seantero dunia guna daun ketapang je ..and sbb ikan pompuan tu kejar is sbb ikn lelaki x sedia lagi tu yg dia kjar tuh

    ReplyDelete
  7. ikan jantan dan betina tu akan buat buih ke.

    ReplyDelete
  8. nak Tanya sikit...berapa hari nk letak ikan bentina di dalam botol semasa berada dlm aquarium....please jawab????

    ReplyDelete
  9. Kenapa ikan jantan memukul betina?sedangkan jantan sdah membuat buih

    ReplyDelete
  10. Apa makanan fry selain bloodworm

    ReplyDelete
  11. Kalau x de air hijau ape yg blh kite cari

    ReplyDelete
  12. Minta maaf kepada semua yg bertanya. Selepas waktu menetas tu boleh la keluarkan induk jantan, tidak nanti dia makan anaknya pulak. air paip sudah tentu mengandungi klorin, ikan laga biasanya tidak boleh hidup dalam air yg mengandungi kandungan klorin yg tinggi. jantan yg akan membuat buih, betina akan bertelur dan telur akan dikutip oleh si jantan masuk ke dalam sarang (buih). tak payah sampai berhari2 letak dalam botol tu.. bila jantan dah buat buih tu maknanya dia dah ready la. kluakan betina dari botol campurkan dgn jantan. ikan laga cenderung berlaga, x kira betina ke jantan. setakat ni air hijau tu je yg saya tahu, kerana ikan laga baru menetas ni adalah tersangat halus. tq.

    ReplyDelete
  13. pelik..biasanya keluarkan yang betina sebab jantan akan jaga telur sampai menetas..

    ReplyDelete
  14. Berapa suhu yg sesuai bg telur ikan laga??

    ReplyDelete
  15. suka dapat baca entry ni..senang nak ajar anak jaga ikan..asal beli mati...asal p pasa mlm..beli ikan..hrp2 kali ni ikan laga tak mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak beli ikan tu dkt pasar mlm mna???BOLEH sya nk TAHU

      Delete
  16. Saya ikan jtn dh buat buih dn ikan betina ltak dlm bkas utk knl2 kn dlm bpe hari ea..bru bloh cmpur kn..buih kna bnyak kew skit jew jtn buat.

    ReplyDelete
  17. Plz bpe hari kna ltak dlm botol untk knl dng ikan jtn ea.

    ReplyDelete
  18. Sy telah pesom kn ikn laga sy dn si betina telah pn bertelur..tetapi setelah dua hari dr tarikh betina mengeluarkan telur,telur tesebut masih belum menetas...adakah telur-telur tersebut telah pun rosak..dan ia memang tdk akn menetas lg..dan knapa telur2 tersebut tdk menetas..

    ReplyDelete
  19. kalo kacukkan berlainan jenis ikan laga ( longtail+ halfmoon) berhasil x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru kacukkan (short tail + halfmoon). baru bertelur semalam. Tengah tunggu menetas. In Shaa Allah, kalau berjaya menetas, saya akan update kat sini. ikut perkiraan, esok menetas la tuu...

      Delete
  20. Assalam.
    Kebiasaannya, telur akan dikutip oleh jantan dan letak dalam bubble condo, Tapi, Apa akan jadi pada telur yg bergelimpangan kat dasar atau dicelah2 keladak, telur akan menetas tak?

    ReplyDelete
  21. Jika ada sebarang permasalahan tentang pembiakan dan penjagaan ikan laga sy sudi kongsi ilmu..sila e-mail sy di darkcreet@gmail.com ...

    ReplyDelete
  22. Jika ada sebarang permasalahan tentang pembiakan dan penjagaan ikan laga sy sudi kongsi ilmu..sila e-mail sy di darkcreet@gmail.com ...

    ReplyDelete
  23. Jika ada sebarang permasalahan tentang pembiakan dan penjagaan ikan laga sy sudi kongsi ilmu..sila e-mail sy di darkcreet@gmail.com ...

    ReplyDelete
  24. mana jawapan untk berapa lama sesi perkenalan antara 2 ikan ni sebelom boleh diletak bersama.. adakah sehari.. 2hari..sbb mlm ni mlm jumaat.. kalau aku letak bersama mlm ni,da sehari diorg berkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan laga betina boleh d campurkan lepas ikan jantan dah ok...(mksd nye dye dah suaikenal ngan ikan betina) masa lepas mmg akan ada sedikit kejar mengejar...

      Jgn d perhatikan...
      Takut ikan stress nanti...

      Ada org ganggu

      Delete
  25. Nak bertanya kalau sesapa la boleh jawab...Ikan laga betina buat buih ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ikan betina buat buih..tapi x sama dengan ikan jantan

      Delete
    2. Ya ikan betina buat buih..tapi x sama dengan ikan jantan

      Delete
  26. sya baca petikan di atas, dan faham....Terima kasih En Amirul...tips yg berfaedah. kipidap dongibab

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Nak tnya ikan laga saya dh mengawan byk kali tp knp betina tu x menghasilkan telur?

    ReplyDelete
  29. nak tanya,ikan laga saya masih kecil,tapi udah mengeluarkan biji putih dibawah abdomenya.itu udah bisa di ternakkan? sekalian kalau mengeluarkan biji putih udah pasti betina ya?

    ReplyDelete
  30. Bolehke pakai "AIR MASAK" untuk ikan laga???

    ReplyDelete
  31. selain guna air hijau boleh ke saya guna air daun ketapang

    ReplyDelete
  32. asalam saya punya dah menetas...tapi vitafood dengan bibit kutu air nk cari mane ye???

    ReplyDelete
  33. asalam saya punya dah menetas...tapi vitafood dengan bibit kutu air nk cari mane ye???

    ReplyDelete
  34. salam...saya baru kali pertama membela ikan laga nie, dah menetas pun telur , dan skang nie...cuma saya hancurkan makanan ikan/pelet, dimana nak cari lumut hijua/air hijau atau microworm, nampak anaknya tu kecik sesangat

    ReplyDelete
  35. bang ikan sy dah buat buih tapi sy tersepak bekas ikan tu dan buih ikan tu pecah dan tinggal sikit je...... ikan laga jantan sy sedang baiki buih tu sy takut ikan laga betina sy melepaskan telur dia sebelum disenyawakan oleh ikan jantan adakah perkara itu akan terjadi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi xde proses antara kedua2 ikan...

      Ikan betina xkan kluar kan telur nye...

      Jgn risau....

      Delete
  36. Kalau ikan betina asyik lari camne?

    ReplyDelete
  37. Sekarang sy cuba kawin kan ikan jantan coi multicolor dengan ikan bertina biasa.. alhamdulillah dah bertelur.. nti nak try kawin kn black samurai dengan cooper pula

    ReplyDelete
  38. bang kalau betina masih ada telur di perut tp yg jantan gigit n halau² si betina mcm mana??..

    ReplyDelete
  39. ikan laga saya keluarkan buih dkt permukaan air.maknanya dia jantan ke ?

    ReplyDelete
  40. Saya dh biarkan mereka berkenalan sehari tpi si jantan xkluar buih ...perlukah saya truskan breed jugak?

    ReplyDelete
  41. Ouh.. Camtu eh. Saya bela 2 ekor. Asing. Tapi saya letak sebelah. Sekor ekor dia cantik dan besar, sekor lagi kecik sikit dan kurang cantik. Tapi yang cantik tu da kluarkan buih. Adakah mereka sepasang???

    ReplyDelete